Pengantin lelaki naik ambulan kejutkan tetamu majlis

Pengantin lelaki naik ambulan kejutkan tetamu majlis

Shahrudin seorang pemandu ambulan di Hospital Kuala Krai bertindak berbuat demikian selepas dicadang oleh Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh.

Apa perasaan anda sebagai tetamu sebuah perkahwinan jika dikejutkan dengan kedatangan van ambulans?

Pasti tertanya-tanya jika ada yang sakit di majlis atau berlaku insiden yang tidak diduga.

Namun berbeza dengan Mohd Shahrudin Abu Bakar, 32, pengantin lelaki yang memilih untuk ke rumah pengantin perempuan menaiki ambulan demi mengabdikan hari bahagianya.

Shahrudin seorang pemandu ambulan di Hospital Kuala Krai bertindak berbuat demikian selepas dicadang oleh Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh sendiri.

Walaupun tidak pernah mempunyai impian sedemikian, Shahrudin yang berasal dari Pasir Mas bersetuju dengan cadangan itu sebagai salah satu pendekatan baharu menikahi isterinya, Rosliana Rosli, 34.

“Terima kasih kepada Dr Mat (Mohd Salleh) atas cadangan ini.

“Pengalaman menaiki ambulans pada hari bahagia akan jadi sejarah dalam hidup saya,” katanya seperti yang dipetik dalam Sinar Harian.

Shahrudin dibawa menaiki ambulan yang dipandu rakan setugas dari tempat berkumpul rombongan pengantin lelaki di Damar In hingga ke rumah pengantin perempuan di Padang Sembilan.

Siren ambulan hanya dibunyikan ketika pengantin lelaki hampir tiba ke rumah pengantin perempuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.