
Ekoran kecaman itu, Burberry dilaporkan mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi membakar barangan yang tidak terjual sebaliknya berjanji untuk menyumbangkan produk tidak terjualnya kepada badan kebajikan.
Dalam satu laporan berita di CNN sebelum ini, syarikat tersebut dipercayai membakar barangan bernilai $37.1 juta (RM154 juta) barangan yang tidak terjual sehingga 31 Mac 2018.
Ia menyebabkan ramai meluahkan rasa marah dan kecewa dengan jenama tersebut dan amalan mereka.
Burberry melancarkan agenda tanggung jawab sosialnya untuk tahun 2022 pada tahun lepas dengan memberi penekanan kepada perubahan positif sekaligus bagi produk Burberry sekaligus mengurangkan kadar kerugian.
Ketua Pegawai Eksekutif Burberry, Marco Gobetti dalam satu kenyataan terbaru turut memutuskan untuk berhenti mengeluarkan pakaian daripada bulu haiwan dan mengamalkan konsep mesra alam dan mesra pengguna.
Sebelum ini, Burberry menghentikan langsung penggunaan pembuatan produk menggunakan bulu arnab, musang, rodensia dan rakun Asia tetapi kini memutus untuk berhenti terus penggunaan kulit haiwan.
Syarikat tersebut akan hanya menghapuskan barangan yang rosak, tamat tempoh dan sudah luput untuk produk kosmetik.
Menerusi pembaharuan ini, Marco berharap supaya syarikat yang berusia 162 tahun itu akan terus dihargai pengguna.