
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Cina bahawa berlaku kelewatan pada kerja projek lebuh raya tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.
Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325 km yang bermula dari Telok Melano di Bahagian Kuching hingga Lawas di utara Sarawak dibina dengan anggaran kos RM29 bilion.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika lawatan kerja ke Brunei Darussalam awal minggu ini mengesahkan jajaran lebuh raya itu tidak akan melalui negara itu selepas mengambil kira kekangan kewangan dan isu imigresen.
Dalam perkembangan lain, Chong berkata setakat ini kementeriannya tidak menerima sebarang aduan mengenai peniaga yang menaikkan harga barangan yang tidak harus dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semenjak pelaksanaannya pada 1 September lepas.
Orang ramai atau pengguna yang ingin membuat sebarang aduan berkaitan, boleh terus ke portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau terus Whatsapp ke nombor rasmi aduan 019-2279 4317.