
Nama Meghan Markle semakin melonjak bukan sahaja dalam kalangan keluarga diRaja malah dunia fesyen.
Ini kerana majala People menamakan menantu Ratu Elizabeth itu sebagai “Best Dressed Women 2018” dalam edisi keluaran terbarunya.
Sejak pertunangannya dengan Putera Harry pada November 2017 lalu, Markle menjadi salah seorang ikon fesyen dunia.
Apa sahaja yang dipakainya menerima pujian dan menjadi trending termasuk baju pengantin yang dikenakan pada majlis perkahwinannya itu.
Majalah People memilih Markle sebagai ‘best dressed woman of 2018’ seiring dengan nama-nama fasionitas yang lain seperti Cate Blanchett, Sandra Bullock, Amal Clooney, dan Kim Kardashian.
Ini adalah kali pertama bagi Majalah People untuk memberi penghargaan tertinggi kepada anggota keluarga diRaja.
“Kami tak pernah memasukkan nama-nama dari lingkungan keluarga diRaja atau sesiapa yang berada di luar daripada industri Hollywood,” ujar Editor Style and Beauty Majalah People, Andrea Lavinthal kepada Reuters.
Namun, Lavinthal terpaksa menilai jika Markle layak mendapat penghargaan tersebut memandangkan namanya tidak pernah pudar dari menjadi sebutan pecinta fesyen sepanjang tahun ini.
“Gayanya benar-benar mendapat tumpuan pada tahun ini. Jadi kami bukan hanya menamakan dalam senarai tetapi menghargai sebagai yang ‘terbaik’,” tambah Lavinthal.
Nama Markle terus menjadi bahan berita dalam media massa sejak pertunangannya dengan Harry. Pernikahan keduanya ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.
Dalam penerangan lanjut, majalah People menyatakan Markle berjaya mengubah persepsi busana diRaja yang kerap digelar konservatif sebagai moden dan bergaya.
Salah satu busana yang mendapat perhatian ialah dress mini tuxedo hitam yang dipakai dalam satu majlis pada bulan Ogos lalu.
Terakhir sekali, turut disebut-sebut fesyen tata rias rambut ‘messy bun’ yang dikenakan pada hari perkahwinannya.