
Azmin, yang bertemu Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan 30 Ogos lalu untuk pertemuan kata sepakat berhubung HSR, hari ini berkata kedua-dua kerajaan bersetuju Malaysia akan menanggung kos yang perlu dibayar pada 31 Januari 2019.
“Saya mesti berterima kasih kepada kepada Khaw kerana memberikan kita ruang untuk bersedia dan membayarnya sebelum Januari tahun hadapan,” katanya.
Terdahulu, Azmin dan Khaw mewakili negara masing-masing menandatangani surat sampingan menangguhkan pembinaan HSR sehingga 31 Mei 2020.
Perjanjian itu menetapkan jika Malaysia masih tidak dapat melaksanakan projek itu selepas ditangguhkan, negara akan membayar kos abortif yang sudah ditanggung Singapura.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembatalan projek HSR mungkin melibatkan pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.