
SC mengumumkan DSV Crypto Club, Lux Galaxies dan VI Profit Galaxy yang didapati mempromosikan Lavidacoin dimasukkan ke senarai waspada.
“Para pelabur diingatkan berhati-hati dan mengambil usaha wajar sebelum menyertai sebarang skim pelaburan, terutama melibatkan matawang kripto dan token digital,” kata SC dalam kenyataan hari ini.
SC sebelum ini mengumumkan ia sedang meneliti maklumat sedia ada untuk menentukan sama ada penawaran Lavidacoin menyalahi undang-undang sekuriti.
Bank Negara Malaysia sebelum ini dilapor menyenaraikan pengendali matawang kripto dalam senarai waspadanya.
Hasmiza dilapor melancarkan matawang kripto itu baru-baru ini pada 24 Ogos lalu. Beliau dilapor menafikan ia skim cepat kaya dan pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan BNM dan SC bagi memastikan urus niaganya menepati kehendak pihak berkuasa.