Fesyen beg jenama Balenciaga serupa beg plastik pasar malam

Fesyen beg jenama Balenciaga serupa beg plastik pasar malam

Balenciaga memperkenalkan beg rekaan berjalur 2 warna dikeluarkan dalam 3 pilihan iaitu jalur iaitu hitam putih, merah putih dan hitam kuning.

Fesyen sentiasa berkembang dan menawarkan sesuatu yang baru dan segar. Tetapi lain pula ceritanya bagi sesetengah jenama yang hanya mengulang rekaan yang dianggap ‘biasa’ atau menjadi bahan umum.

Koleksi fesyen beg daripada jenama Balenciaga misalnya sekali lagi menjadi perhatian netizen kerana memperkenalkan fesyen beg yang kelihatan sama seperti beg yang digunakan untuk membeli barang di pasar malam.

Balenciaga memperkenalkan beg rekaan berjalur 2 warna dikeluarkan dalam 3 pilihan iaitu jalur iaitu hitam putih, merah putih dan hitam kuning.

Beg yang dikenali sebagai Supermarket Shopper Stripe ini dibuat daripada kulit anak biri-biri berharga USD 1,190 (RM4,920) boleh dibeli secara dalam talian dengan melayari laman web tersebut.

Oleh kerana rekaan yang sangat simple dan bukan sesuatu yang baharu, netizen mengecamnya sebagai satu lagi ulangan seperti mana dengan beg tangan serupa beg Ikea dan beg simpan cadar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.