
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan penundaan pameran lukisan karya Leonardo Da Vinci di Muzium Louvre Abu Dhabi pada minggu ini tanpa sebarang sebab yang kukuh.
Lukisan bertajuk ‘Salvator Mundi’, merupakan imej Nabi Isa yang dibeli pada harga bidaan, AS$450 juta (RM 1.8 billion) oleh seorang “pembeli misteri” dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) .
Lukisan itu dipercayai dibuat pada tahun 1500 dan sepatutnya dipamerkan pada 18 September 2018, namun Kementerian Kebudayaan Abu Dhabi mengumumkan penangguhannya dalam satu tweet di laman sosial.
“Kami akan mengumumkan maklumat lanjut pada masa hadapan,” petik kenyataan itu.
Menariknya mengenai lukisan ini, walaupun diketahui ia milik seorang individu di UAE namun nama pemilik sebenar tidak didedahkan sehingga kini, lapor CNN.
Muzium Abu Dhabi Louvre enggan mengeluarkan identiti pemilik semasa lukisan itu walaupun akui Kementerian Kebudayaan Abu Dhabi hanya “mempunyai keizinan untuk mempamerkannya”.
Pada Disember tahun lalu, New York Times menerbitkan berita mengenai pemilik lukisan yang dipercayai dari keluarga Kerajaan Arab, Putera Badr Abdullah.
Namun The Wall Street Journal pula menyatakan Badr Abdullah hanya “perantara” untuk Putera Mohammed Salman.
Bagaimanapun kedua-dua pihak yang dinamakan tidak pernah mengesahkan kenyataan itu.
Putera Badr Abdullah adalah Menteri Kebudayaan Arab Saudi sebelum kedudukannya berubah pada bulan Jun lalu
‘Salvator Mundi’ adalah karya “termurah” daripada 20 koleksi lukisan Da Vinci yang dilelong di Christie pada November lepas.
Lukisan ini diisytiharkan sahih 6 tahun lalu, selepas ia hilang dari pemerhatian keluarga Da Vinci.