
Produk “Mixed Blossom Honey” keluaran syarikat itu, dikatakan menggunakan 100% madu, bagaimanapun ujian makmal mendapati terdapat kandungan tidak tulen, bermakna ia turut mengandungi bahan lain selain madu lebah.
Pengarah eksekutif Majlis Industri Madu Australia Trevor Weatherhead, memberitahu agensi berita Xinhua, beliau tidak pasti mengapa perkara itu boleh berlaku mungkin faktor mengurangkan kos.
Namun, Capilano menafikan dakwaan dan mengkritik kaedah ujian yang dijalankan itu tidak mengikut piawaian Australia.
“Kami yakin produk itu mengandungi hanya madu asli dan setahu kami kaedah ujian yang dilakukan tidak mendapat persetujuan daripada keseluruhan pihak industri,” kata pengarah urusan Capilano, Ben McKee dalam satu kenyataan.