Mengapa pengerusi bukan bebas tapi pemimpin PPBM, soal PAS

Mengapa pengerusi bukan bebas tapi pemimpin PPBM, soal PAS

Takiyuddin Hassan berkata pengerusi jawatankuasa pembaikan sistem pilihan raya sewajarnya seorang yang tidak berkepentingan.

PETALING JAYA:
PAS menyambut baik usaha menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mempersoalkan pelantikan seorang pemimpin PPBM untuk mengetuai usaha itu.

Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata sewajarnya Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) diketuai individu yang tidak berkepentingan bagi memastikan profesionalisme dan wibawa usaha itu.

“Sepatutnya pengerusi ERC ini dipegang orang-orang yang tidak ada kepentingan politik, misalnya ahli akademi atau bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak ada jawatan dalam politik.

“Jadi nampaknya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini naib presiden PPBM. Beliau tidak boleh laksana tanggungjawab secara bebas dan profesional,” katanya.

Kerajaan menubuhkan ERC pada 16 Ogos lepas untuk mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan sistem dan undang-undang pilihan raya.

Jawatankuasa ini dianggotai 11 ahli, termasuk Rashid, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor, Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk Nordin Salleh, Timbalan Ketua Biro Strategi dan Dasar Wan Saiful Wan Jan dan penyelidik pendemokrasian dan pilihan raya Prof Madya Faizal Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rashid berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sejak 1979 dan menjadi pengerusi badan itu dari 2000 hingga 2008, ketika gabungan pemerintah sekarang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

“Jawatankuasa ini sepatutnya diwakili oleh semua wakil parti politik bagi membolehkan setiap wakil membuat memorandum dan membentangkan cadangan supaya nampak telus.

“Kita mungkin mempunyai pandangan berbeza tetapi perbezaan ini boleh memberi input kepada reformasi,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.