Lelaki keliling dunia naik Ducati kini di Malaysia

Lelaki keliling dunia naik Ducati kini di Malaysia

Crew yang mula mengembara sejak 3 April, setakat ini menjelajah 17 negara, termasuk Perancis, Switzerland, Itali, Rusia, Kazakhstan, Myanmar, India dan Thailand.

Pemuda yang sedang mengelilingi dunia dengan menunggang motosikal Ducati Scrambler kini di Malaysia.

Henry Crew yang berusia 22 tahun dari London Selatan berbuat demikian untuk mengumpul dana bagi Yayasan Movember, sebuah badan amal global yang menangani masalah kesihatan dihidapi lelaki seperti kanser prostat, kanser testikel, serta kesihatan mental dan pencegahan perbuatan bunuh diri.

Demi itu, Crew yang mula mengembara sejak 3 April, setakat ini menjelajah 17 negara, termasuk Perancis, Switzerland, Itali, Rusia, Kazakhstan, Myanmar, India dan Thailand.

Menurut laporan Bernama, Crew dijangka ke Australia sebelum merentas ke Afrika, kemudian ke Amerika Utara dan Selatan, petik kenyataan Next Bike Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal jenama Ducati di Malaysia.

Beliau akan menamatkan pengembaraan dengan pulang ke England.

Next Bike melakukan servis dan pemeriksaan motosikal Crew berkata pihaknya juga akan membantu sepanjang perjalanan Crew di Malaysia meliputi Pulau Pinang, Ipoh dan Cameron Highlands.

Perhentian terakhir Crew adalah Tanjung Piai iaitu penghunjung tanah besar Asia yang terletak paling selatan sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.

Crew menyasarkan sebuah rekod baru dunia sebagai orang termuda mengelilingi dunia, meliputi perjalanan sejauh lebih 56,000 km merentasi 35 negara dengan menunggang motosikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.