ECRL batal sehingga mampu tanggung, kata Dr M

ECRL batal sehingga mampu tanggung, kata Dr M

Perdana menteri berkata tumpuan kerajaan sekarang ialah menangani defisit kewangan.

PETALING JAYA:
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) akan dibatalkan sehingga Malaysia mampu menanggungnya.

Bercakap kepada pemberita di penghujung lawatan rasmi 5 hari ke China, beliau berkata tumpuan sekarang ialah menangani defisit kewangan negara.

Beliau menambah projek-projek yang menjejaskan kepentingan Malaysia tidak lagi akan dibenarkan, dan para pelabur China memahami pendirian mesra-perniagaan pentadbirannya.

Pejabat Perdana Menteri mengesahkan komen Dr Mahathir kepada pemberita di Beijing.

Dr Mahathir berkata Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang memahami sebab sebalik pembatalan 2 projek yang disokong kerajaan China.

“Saya sudah menjelaskan kepada mereka. Mereka faham keadaan kita dan menerimanya,” katanya, dan menambah keutamaan kerajaan sekarang ialah mengurangkan hutang dan pinjaman.

Perdana menteri turut mengulas isu lain termasuk:

Majlis Penasihat Kerajaan

Majlis yang diketuai Tun Daim Zainuddin akan diteruskan, bukan untuk 100 hari sahaja.

Low Taek Jho

Saya tak tahu adakah Jho Low berada di China, seperti yang dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.