
Majlis pembukaan Sukan Asia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia memberi makna baharu kepada seorang bayi perempuan di Indonesia apabila dinamakan “Asian Games” oleh ibu bapanya.
Ibu bayi itu, Veranova dikatakan memilih nama “Asian Games” secara spontan tanpa banyak berfikir selepas bayi itu lahir lebih awal iaitu pada hari pelancaransukan itu daripada waktu yang ditetapkan iaitu pada bulan September.
Bayi yang bernama, Adibah Asian Games dilahirkan di bandar raya Palembang yang turut menjadi hos bagi sukan tersebut selain ibu negara Indonesia, Jakarta.
Bapa kepada “Asian Games”, Yordania Denny, 38, berkata, anak itu akan terus diingati sebagai bayi Sukan Asia di Indonesia dan berharap nama tersebut memberi manfaat kepada si kecil itu terutamanya dalam bidang sukan, petik Detik Indonesia.
Yordania juga meletakkan harapan agar anaknya itu dikurniakan dengan bakat dalam bidang sukan dan mahu dia menjadi seorang atlet yang berjaya.
Sukan Asia yang akan berlangsung sehingga 2 September ini diadakan buat kali pertama di Indonesia.