
Sebut sahaja Korea Selatan, banyak perkara yang digilai rakyat Malaysia. Drama, muzik pop atau dikenali sebagai K-Pop dan juga artis-artis Korea, tidak ketinggalan fesyen dan lokasi pelancongannya.
Tetapi ada lagi perkara yang yang menjadi pujaan rakyat Malaysia khususnya wanita iaitu rejim penjagaan kecantikan kulit yang bukan sahaja putih dan jelas malah sihat.
Ketepikan bab warna kulit kerana semua warna kulit adalah cantik menawan, apa yang lebih penting ialah kesihatan kulit dan bagaimana kita menjaganya.
Gadis Korea misalnya, amat peka dengan kecantikan kulit dan mereka pastikan mengikut semua ritual penjagaan. Memetik portal Boldsky, berikut adalah beberapa ritual yang dilakukan oleh wanita Korea untuk melindungi kulit mereka.
- Menggunakan pembersih berasaskan minyak
Wanita Korea membersihkan muka mereka dengan pembersih berasaskan minyak. Langkah ini bertujuan untuk menghilangkan pelbagai kekotoran pada kulit. Mereka percaya pembersihan kulit menggunakan minyak akan membantu menghilangkan kotoran dan membuatkan kulit mereka menjadi lebih lembut, segar dan bebas daripada jerawat. - Mengelupas atau menyental
Pengelupasan atau menggunakan penyental adalah perkara yang sangat penting dan wajib dilakukan. Langkah ini sering dilakukan oleh wanita Korea, Asia dan juga Perancis. - Menggunakan ‘topeng muka’
Untuk peminat Korea, anda akan sering melihat idola anda memakai topeng kertas di wajahnya, lelaki mahupun wanita.
Topeng kertas pada dasarnya adalah bahan seperti kertas tisu yang direndam dalam serum berkhasiat. - Krim mata bukan pilihan, tetapi wajib
Bagi wanita Korea, topeng mata atau sapuan mata adalah satu rutin kecantikan yang wajib. Mereka banyak menjaga kawasan mata. - Gunakan pelindung matahari
Wanita Korea tidak pernah gagal menggunakan losyen pelindung matahari pada badan mereka. Malah mereka tidak akan meninggalkan rumah sebelum menggunakan pelindung matahari.