Bekas SUA PBB Kofi Annan meninggal dunia di usia 80

Bekas SUA PBB Kofi Annan meninggal dunia di usia 80

Selaku ketua operasi pengamanan PBB, Annan dikritik atas kegagalan PBB menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Rwanda pada 1990-an.

ACCRA/GENEVA: Bekas setiausaha agung PBB dan penerima Hadiah Keamanan Nobel, Kofi Annan, meninggal dunia di usia 80, kata yayasannya hari ini.

Annan, seorang warganegara Ghana, meninggal dunia di hospital di Bern, Switzerland, pada awal pagi hari ini, menurut 2 rakannya.

Di Geneva, Yayasan Kofi Annan mengumumkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas menghidap penyakit, dan hari-hari terakhirnya ditemani isteri kedua, Nane, dan anak-anak, Ama, Kojo dan Nina.

Annan berkhidmat sebagai setiausaha agung PBB selama 2 penggal dari 1997-2006 di New York, Amerika Syarikat dan bersara ke Geneza dan kemudian menetap di satu perkampungan di kawasan pedalaman Switzerland.

“Dari banyak segi, Kofi Annan adalah PBB. Dia menaiki dari bawah hingga mengetuai pertubuhan itu ke alaf baru dengan maruah dan azam yang tiada tandingan,” kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam kenyataan.

Selaku ketua operasi pengamanan PBB, Annan dikritik atas kegagalan badan dunia itu menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Rwanda pada 1990-an.

“PBB boleh dibaiki. Ia tidak sempurna tetapi kalau ia tidak wujud anda perlu menciptanya,” katanya dalam satu temubual BBC Hard Talk sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-80 pada April lepas.

“Saya seorang optimis yang degil. Saya dilahirkan sebagai seorang optimis dan akan kekal sebagai seorang optimis,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.