Bekas Adun Kedah seleweng dana dibebas dengan jaminan

Bekas Adun Kedah seleweng dana dibebas dengan jaminan

Bekas Adun bergelar 'Datuk' itu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Free Malaysia Today
Bekas Adun itu ditahan SPRM Selasa lepas. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Bekas Adun di Kedah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lepas bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana khas menteri besar berjumlah RM30,000, dibebaskan dengan jaminan semalam.

Menurut sumber SPRM, bekas Adun itu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Lelaki bergelar “Datuk” berusia 60-an itu ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes itu di Pejabat SPRM Kedah pada Isnin lepas.

Sumber SPRM dipetik sebagai berkata dana itu dipohon pada Februari tahun lepas bertujuan untuk menganjurkan satu program, bagaimanapun setelah diluluskan, wang dana itu didakwa tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.