
Usul dibawa Zuraida itu ditempatkan dalam kedudukan ke-5 dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul pada hari terakhir mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14.
“Bahawa pada hari Selasa 7 Ogos, Kinabatangan mengeluarkan perkataan biadap dan tidak sopan semasa perbahasan RUU Cukai Jualan 2018 dan menyebabkan beberapa ahli bangun membantah. Namun Kinabatangan menarik balik perkataan yang disebut setelah teguran dibuat.
“Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Kinabatangan yang mana Kinabatangan sudah diberi amaran oleh Yang Dipertua pada hari Khamis, 9 Ogos bahawa Kinabatangan akan diarahkan keluar dewan jika mengulangi perbuatan tersebut.
“Penggunaan perkataan yang kurang sopan (biadap) oleh Kinabatangan menyinggung ahli-ahli parlimen terutamanya ahli parlimen wanita kerana ia mencemarkan prestij dan nama baik dewan ini.
“Maka inilah dipersetujui bahawa Kinabatangan dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan atas perbuatannya yang boleh dianggap sebagai menghina majlis,” tulis usul berkenaan.
Pada 7 Ogos lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila Bung mengeluarkan kata-kata kesat kepada ahli parlimen Pakatan Harapan (PH).
Kekecohan bermula apabila Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) bangkit mencelah ucapan Bung mengenai kenaikan harga barang di pasar borong Selayang selepas GST dimansuhkan.
Willie mencelah dengan menyebut perkataan “kasino”, merujuk kepada Bung ke tempat hiburan berkenaan.
Bung kemudian meminta kenyataan itu ditarik balik dengan menyifatkan Willie kurang ajar.
Su Keong Siong (PH-Kampar) kemudian bangkit mencelah dan berkata, kenyataan Willie sebagai pertanyaan.
Bung kemudian bangkit dan berkata: “F*** you! Kau salah orang,” kata Bung tanpa dipastikan ia dituju kepada wakil rakyat mana.
Bung juga mengeluarkan perkataan: “Kau main pela***, bawa perempuan pela***.”