
- Jika mahu mengukur seluar sama ada muat atau tidak dengan pinggang, boleh mengukurnya dengan cara melilit pinggang seluar itu di sekitar leher.
- 2Manusia lebih banyak membakar kalori semasa tidur berbanding semasa menonton televisyen.
- Satu daripada 5 orang dewasa percaya makhluk asing bersembunyi di bumi dalam bentuk manusia.
- Menurut Amazon, buku yang paling banyak dibicarakan di Kindle adalah Bible, biografi Steve Jobs, dan The Hunger Games.
- Pada tahun 2006, seseorang cuba menjual negara New Zealand di eBay. Harga yang ditawarkan oleh pembeli mencecah AS$3000 sebelum ditutup oleh eBay.
- Ayat terakhir yang dituturkan oleh Bob Marley kepada anak lelakinya sebelum dia meninggal dunia ialah : “duit tidak boleh membeli kehidupan”.
- Mulut badak air yang terbuka luas cukup besar untuk memuatkan kanak-kanak lelaki empat kaki tinggi.
- Manusia tidak boleh berdengkur dan bermimpi dalam masa yang sama.
- Secara fizikal amat mustahil khinzir boleh melihat ke langit.
- Bintang paling tua di alam semester ialah Methuselah yang berusia 13.8 bilion tahun.
- Makanan paling banyak dijual di Amerika Syarikat ialah gula-gula.
- Haiwan kebangsaan Scotland ialah kuda unicorn.
- Sesetengah kucing tidak suka kepada manusia.
- Ikan emas tidak sepatutnya diletakkan di dalam balang kerana kebanyakan balang terlalu kecil untuk meletakkan ikan emas di dalamnya.
- Netherland dan Holland adalah dua perkara yang berbeza. Netherland ialah negara secara keseluruhannya manakala Holland Utara dan Holland Selatan ialah dua kawasan yang terpisah dalam negara tersebut.
- Segumpal awan mempunyai berat 1 juta pounds.
- Roti tidak sepatutnya diberi kepada itik untuk dimakan kerana roti tidak membuatkan itik anda membesar. Beri itik anda sayur atau makanan burung.
- Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku paling kerap dicuri dari Perpustakaan Awam.
- Kebanyakan polis secara sengaja memberikan anda rasa selamat yang salah kerana secara terknikal, polis tidak mempunyai kewajipan untuk memberitahu anda perkara sebenar.
- Sos tomato pernah digunakan sebagai ubat pada tahun 1930an.
Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com