
Ketua Menteri Chow Kon Yeow mencadangkan nama Lim Hui Ying dari DAP dan Yusmadi Yusoff dari PKR, dan disokong oleh Dr Afif Bahardin (PH-Seberang Jaya).
Mereka akan menggantikan Ariffin SM Omar dan Siti Aishah Syed Ismail, yang penggalnya tamat Jun lepas.
Yusmadi, 44, seorang peguam menjadi wakil rakyat selama 1 penggal selepas memenangi kerusi itu pada 2008.
Hui Ying, 55, seorang lepasan Universiti Malaysia dalam jurusan ekonomi, adalah setiausaha DAP Pulau Pinang. Beliau juga pengarah kempen pilihan raya DAP di Pulau Pinang pada pilihan raya 2013 dan 2018.
Sementara itu, 4 orang mengangkat sumpah senator selama 3 penggal di depan Presiden Dewan Negara, SA Vigneswaran hari ini.
Mereka adalah Ketua MCA Kuantan, Ti Lian Ker, 55; Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pahang, Siti Fatimah Yahya, 63; bekas bendahari Umno Arau, Sabani Mat, 58; dan Setiausaha Eksekutif Umno Perlis, Kamarudin Abdun, 60.