Pakar: Tiada masalah ada 2 jawatankuasa reformasi Islam

Pakar: Tiada masalah ada 2 jawatankuasa reformasi Islam

Prof Shad Faruqi berkata jawatankuasa tidak diberi kuasa eksekutif, legislatif dan kewangan.

KUALA LUMPUR:
Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi berkata tiada masalah duplikasi peranan antara jawatankuasa majlis penasihat kerajaan (CEP) dan jawatankuasa yang disetujui raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk mengkaji reformasi institusi Islam.

Ini kerana kewujudan 2 jawatankuasa itu bertujuan memberikan cadangan kepada kerajaan dan tiada kuasa eksekutif, legislatif dan kewangan.

“Jangan jadikan perkara ini satu isu. Kita perlu meramaikan lagi pihak dalam perbincangan ini,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat CEP di Menara Ilham hari ini.

Shad mengingatkan reformasi institusi melibatkan proses yang panjang kerana Jabatan Peguam Negara akan meneliti dan menilai cadangan 2 majlis itu dari segi undang-undang.

“Kemudiannya akan dibahas di dalam Parlimen,” katanya.

Majlis Raja-raja baru-baru ini menyetujui pembentukan jawatankuasa 5 anggota bawah CEP yang dianggotai sarjana dan aktivis untuk merangka cadangan reformasi institusi Islam.

Satu sumber memberitahu FMT kemungkinan akan berlaku pertembungan antara 2 jawatankuasa itu dalam masa terdekat, kerana satu pihak tidak akan mudah memberi laluan kepada proses reformasi.

Selain itu, 1 jawatankuasa diihat lebih berkuasa kerana terletak dibawah raja-raja Melayu.

Shad berkata ada keperluan untuk menghidupkan semangat Islam, undang-undang syariah dan undang-undang sivil yang sebenar di Malaysia Baru, serta kedudukan istimewa Perlembagaan Persekutuan.

“Negara ini dibina atas tolak ansur dan belas kasihan. Sudah tiba masanya untuk kita mengambil jalan tengah,” katanya.

Pengarang buku cadang tubuh Majlis Penasihat Agama

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.