
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata langkah itu selaras dengan peraturan yang dikeluarkan Majlis Tanah Negara sejak 2014.
“Tentang isu tanah di Forest City saya sudah maklum, tanah-tanah boleh dijual kepada orang asing mengikut peraturan yang dikeluarkan dalam Majlis Tanah Negara berkuatkuasa mulai Mac 2014 ,orang asing boleh miliki tanah,” katanya.
Xavier berkata demikian menjawab pertayaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu pendirian Putrajaya dibawah kerajaan baru berhubung keputusan kerajaan negeri meluluskan untuk memberi tanah “free hold” dan dijual kepada warga asing terutamanya di Forest City, adakah ia bercangah dengan dasar tanah negara.
Xavier menambah, kebenaran itu selaras peruntukan seksyen 344(b) dalam kanun tanah negara yang menyatakan pihak berkuasa negeri mempunyai hak memberi kebenaran kepada warga asing untuk memiliki tanah tertakluk kepada beberapa garis panduan perolehan tanah yang dikeluarkan unit perancangan ekonomi yang dipersetujui Majlis Tanah Negara.
Xavier berkata jika kerajaan ingin menghalang penjualan tanah ‘free hold’ di Forest City, ia memerlukan pindaan akta.
“Kalau nak buat sesuatu kita kena tukar akta, sekarang akta beri kuasa kepada mereka (warga asing) untuk miliki tanah ‘free hold’,” katanya.
Pada Mac 2017 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya membayangkan Datuk Seri Najib Razak
sebagai perdana menteri pada masa itu cuba mengelirukan orang ramai apabila berkata kedaulatan Malaysia tidak terjejas dengan projek Forest City kerana unit yang dijual adalah secara pajakan 99 tahun.
Dr Mahathir berkata, ramai rakyat tidak berjaya untuk menukar plot kecil tanah mereka menjadi hak milik kekal sedangkan warga asing boleh mendapatkannya dengan mudah di Forest City.
Forest City menyaksikan ribuan unit pangsapuri terjual sejak pembinaan dimulaikan tahun lepas mencetuskan gempar apabila pembeli berpotensi dari China berpusu-pusu ke zon Iskandar Malaysia itu. Dr Mahathir memberi amaran pembangunan itu seperti enklaf warga asing.
Dalam perkembangan lain, Xavier berkata proses moratarium bausit di Pahang akan berakhir hujung tahun ini.
Dr M harap Forest City betul-betul jadi ‘forest’ dihuni ‘monyet’