
Ketua pegawai eksekutif (CEO) GMM Datuk Nasharuddin Mat Isa dalam kenyataan ringkas hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong badan itu sejak penubuhannya.
“Dalam mematuhi arahan diberikan, yayasan mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak – individu, institusi, CSO, kedutaan asing dan media – atas sokongan dan bantuan yang diberikan sepanjang kewujudan GMM untuk memajukan suara dan agenda kesederhanaan,” kata beliau.
GMM dilancarkan pada 2012 oleh perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. Setahun kemudian, bekas menteri pendididkan Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai CEOnya.
Kerajaan melantik Nasharuddin menggantikan Saifuddin pada 2015 berikutan keputusan Saifuddin keluar dari Umno.
GMM menerima kritikan keras daripada beberapa pihak kerana dikatakan gagal bersuara terhadap sikap tidak bertoleransi pihak berkuasa agama di bawah kerajaan lepas.
Nasharuddin, yang merupakan bekas timbalan presiden PAS, juga dikritik berikutan kegagalan GMM bersuara terhadap kecenderungan Malaysia menuju aliran Islam konservatif.
The failure of Putrajaya’s moderates movement under Nasharudin