Sivarasa bebas tuduhan menghasut

Sivarasa bebas tuduhan menghasut

Mahkamah Sesyen membebaskan timbalan menteri itu selepas keputusan peguam negara menarik balik pertuduhan.

Free Malaysia Today
Peguam Sivaras kemudiannya membuat permohonan pelepasan dan pembebasan kerana pertuduhan telah ditarik balik. (Bernama pic)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa daripada tuduhan menghasut selepas pihak pendakwaan membuat keputusan tidak meneruskan kes tersebut.

Timbalan pendakwaraya Faizah Ismail berkata Peguam Negara Tommy Thomas memutuskan untuk menarik balik pertuduhan selepas peguam Sivarasa mengemukakan surat representasi.

Peguam N Surendran kemudian membuat permohonan pelepasan dan pembebasan kerana pertuduhan telah ditarik balik.

Sivarasa kemudiannya dibebaskan oleh hakim Mahkamah Sesyen Gan Chee Keong.

Sivarasa, timbalan menteri pembangunan luar bandar, didakwa pada 20 Oktober 2015 mengeluarkan kata-kata menghasut terhadap badan kehakiman Malaysia.

Beliau meminta dibicarakan berkait kata-kata yang dibuatnya di himpunan #KitaLawan berhubung pemenjaraan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sivarasa, 62 didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dengan kesalahan yang dikatakan dilakukan di laman Kuala Lumpur City Centre pada 7 Mac 2015.

Bulan lepas, Sivarasa dibebaskan daripada 2 tuduhan menyalahgunakan internet untuk memburukkan imej bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peguam beliau berkata, mereka juga telah menghantar representasi kepada peguam negara supaya menarik balik pertuduhan tersebut.

Beliau dituduh pada April 2016 dengan 2 perbuatan menaikkan ke laman Facebooknya pada bulan sebelum itu gambar majalah Time yang diubah suai memaparkan Najib dengan perkataan “No 2 on the most corrupt list”.

Sivarasa mengeluarkan kiriman Facebooknya itu setelah mengetahui ia palsu.

Kesalahan tersebut boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM50,000, penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Mulmedia.

Sivarasa memberitahu pemberita bahawa tuduhan menghasut terhadapnya itu bermotif politik.

“Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menggunakan pihak pendakwaan untuk memfailkan tuduhan kerana mengkritik badan kehakiman,” katanya, dan menambah beliau gembira kini sudah tiada lagi kes pendakwaan terhadap beliau.

Gambar palsu Najib: Mahkamah tetap 30 Sept dengar permohonan Sivarasa

Sivarasa bela diri dua pertuduhan akta komunikasi

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.