Prasarana jamin kerjasama penuh dalam siasatan LRT3

Prasarana jamin kerjasama penuh dalam siasatan LRT3

Prasarana berkata ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanannya memandang serius salah laku yang boleh menggugat integriti dan reputasi syarikat.

Free Malaysia Today
Kementerian Kewangan mengarahkan 5 stesen dibatalkan dan jadual pembinaannya dilanjutkan ke 2024 bagi menjimatkan kos. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Syarikat pengendali pengangkutan milik kerajaan Prasarana Malaysia Berhad menjamin kerjasama penuh dalam siasatan rasuah berhubung projek LRT3 dari Kelang ke Petaling Jaya.

Awal bulan ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa projek tersebut merupakan sebuah “1MDB mini” dan kos sebenar pembinaannya disembunyikan.

Beliau mengarahkan saiz projek itu dikecilkan dan meluluskan bajet sebanyak RM16.6 bilion. Laluan LRT3 sepanjang 37km dengan 26 stesen dari Johan Setia di Kelang ke Bandar Utama, Petaling Jaya dijadual siap pada 2020.

Kementerian Kewangan mengarahkan 5 stesen dibatalkan dan jadual pembinaannya dilanjutkan ke 2024 bagi menjimatkan kos.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat beberapa orang ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan Prasarana yang bekerja dengan syarikat itu dari 2014 ke 2017.

Turut disiasat ialah konsultan, kontraktor dan rakan kongsi penyampaian syarikat yang terlibat dengan projek berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, Prasarana berkata ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanannya memandang serius salah laku yang boleh menggugat integriti dan reputasi syarikat.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas lembaga pengarah Prasarana menolak spekulasi peletakan jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Masnizam Hisham.

‘Fail tersembunyi’ LRT3 ialah mini 1MDB, kata Guan Eng

Penduduk tak setuju pembatalan 5 stesen LRT3

Shahril Hamdan bidas ‘helah’ penjimatan LRT3

Putrajaya jimat RM15 bil projek LRT3 selepas kurangkan koc, kecilkan stesen

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.