SPR terima notis kekosongan kerusi DUN Balakong

SPR terima notis kekosongan kerusi DUN Balakong

Kerusi DUN Balakong berikutan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee akibat kemalangan di Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lepas.

Free Malaysia Today
SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 30 Julai bagi membincangkan tarikh penting PRK.
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN Balakong, kata Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata pemakluman rasmi itu diterima daripada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim hari ini.

Kekosongan kerusi tersebut adalah berikutan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee akibat kemalangan di Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lepas.

Sehubungan itu, Mohamed Elias berkata SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini (30 Julai), jam 10.00 pagi di Ibu Pejabat SPR bagi membincangkan tarikh penting pilihan raya kecil (PRK).

Ia termasuklah tarikh Writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut, katanya.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Ng dari DAP yang bertanding atas tiket PKR, mengalahkan 2 pencabarnya, Lim Chin Wah (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.