Siti Hasmah: Di usia 90-an, setiap hari adalah rahmat untuk kami

Siti Hasmah: Di usia 90-an, setiap hari adalah rahmat untuk kami

Isteri perdana menteri itu berkata setiap pagi apabila bangun daripada tidur, beliau akan memanjatkan syukur dipanjangkan usia.

Free Malaysia Today
Siti Hasmah berkata setiap hari adalah rahmat untuk beliau dan suami berbuat baik kepada orang lain.
PETALING JAYA:
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini berkata setiap hari adalah satu rahmat buat beliau dan suaminya.

Beliau yang kini dalam lingkungan umur 90-an berkata, setiap pagi apabila bangun daripada tidur, beliau memanjatkan syukur dipanjangkan usia.

“Apabila saya membuka mata saya setiap pagi, perkara pertama yang saya buat adalah untuk berterima kasih kepada Tuhan untuk rahmat ini.

“Setiap hari adalah rahmat untuk kami berbuat baik kepada yang lain,” katanya ketika berucap dalam program “Malaysia World Chamber of Commerce” di New World Hotel.

Siti Hasmah kini berusia 92 tahun manakala Dr Mahathir baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-93 bulan ini.

Sebelum itu, Siti Hasmah diberikan gelaran “The Mother Of Nation” di atas sumbangannya ke arah kebaikan negara.

Gelaran itu diberikan oleh “World Chamber of Commerce Malaysia” dalam satu program Women Empowerment.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.