Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ini menjejaki penurunan harga minyak mentah, selain pelabur menunggu data ekonomi negara maju itu.

Free Malaysia Today
Pasaran mengambil langkah tunggu dan lihat bagi meneliti bagaimana data ekonomi mempengaruhi pergerakan dolar AS.
KUALA LUMPUR:
Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dagangan dibuka hari ini, menjejaki penurunan harga minyak mentah selain pelabur menunggu data ekonomi negara maju itu.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.0700/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0630 ketika ditutup pada Khamis.

Dalam nota hari ini, Public Investment Bank Bhd berkata tempahan dan penghantaran barangan modal utama AS meningkat pada Jun sekali gus menunjukkan pertumbuhan perbelanjaan perniagaan ke atas peralatan adalah kukuh pada suku kedua, di samping data Keluaran Dalam Negara Kasar AS yang akan dikeluarkan hari ini.

Kesemua faktor ini menyebabkan pasaran mengambil langkah tunggu dan lihat bagi meneliti bagaimana data ekonomi tersebut mempengaruhi pergerakan dolar AS.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9819/9848 daripada 2.9812/9862 semalam namun naik berbanding yen kepada 3.6620/6657 daripada 3.6625/6673.

Mata wang tempatan turut stabil berbanding pound Britain kepada 5.3321/3381 daripada 5.3521/3591 semalam malah kukuh berbanding euro kepada 4.7379/7418 daripada 4.7531/7606 pada Khamis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.