
Cadangan tersebut bertujuan agar setiap wang pampasan atau ganti rugi yang melibatkan pembangungan di kawasan itu boleh disalurkan kepada individu yang berhak menerimanya.
“Saya sambut baik cadangan itu, saya akan bawakan usul ini ke hadapan perdana menteri untuk dibincangkan.
“Kemudian kita akan berikan maklum balas kepada penduduk dan waris yang menetap di sini,” katanya semasa sesi bertemu penduduk dan pewaris Kampung Baru ketika membuat lawatan di bangunan Perbadanan Pembangunan Kampong Baru hari ini.
Katanya, tindakan tersebut perlu dibuat ekoran terdapat beberapa kes yang melibatkan wang pampasan tanah rizab orang Melayu di situ tidak dapat disalurkan kerana kerajaan gagal mengesan pewaris atau penduduk berkenaan.
Beliau berharap setiap dana yang diberikan boleh disimpan sehingga individu yang berhak tampil membuat tuntutan.
Khalid juga berharap penduduk kawasan itu memberinya masa untuk memahami tugas baharunya sebelum mendekati permasalahan yang lebih besar dan rumit di kawasan itu.
“Saya baru sahaja dilantik menjadi menteri. Saya harap anda semua boleh sabar sebulan dua untuk kita dapatkan respon, maklumat dan informasi sebelum mendekati langkah-langkah untuk tangani masalah secara menyeluruh,” katanya.