
Bekas perdana menteri itu juga meminta untuk menanyakan kepada badan perisikan itu sendiri dan bukan kepadanya, ketika ditanya berhubung surat berkenaan.
“Itu berlaku semasa kempen pilihan raya dan dia tidak memberi kesan keputusan pilihan raya.
“Itu antara agensi kepada agensi dan saya tidak boleh sahkan atau menafikan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau menambah, bukan dasar negara untuk mendedahkan surat tersebut kepada umum.
“Kalau kita dedahkan, maknanya tidak ada apa yang boleh kita anggap sebagai rahsia dalam negara.
“Dasarnya, sepatutnya untuk tidak komen pada kebocoran seperti ini kerana komen mengenai itu adalah sangat tidak baik,” katanya.
Sebelum ini tersebar surat 3 halaman bertarikh 4 Mei yang ditulis oleh Datuk Hasanah Ab Hamid, bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (ME10) kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA ketika itu.
Menerusi surat itu, MEIO meminta AS terus menyokong pentadbiran Najib, jika BN menang mudah atau hanya meraih majoriti 1 kerusi dalam PRU14.
MIEO menggambarkan Najib sebagai sekutu AS yang boleh bekerjasama dengan Washington, berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad yang “anti-Barat dan anti-Yahudi”.