Agensi: Tahfiz sokong pendidikan seks tapi kerajaan kurang dana

Agensi: Tahfiz sokong pendidikan seks tapi kerajaan kurang dana

LPPKN berkata 8 daripada 10 sekolah tahfiz berdaftar bersetuju dengan modul kementerian tapi agensi kekurangan RM500,000.

Free Malaysia Today
Hamiza berkata sekolah tahfiz memberikan sambutan yang amat baik.
PETALING JAYA:
Sekolah-sekolah tahfiz menyedari kepentingan pendidikan seks untuk para pelajar dan bersetuju dengan modul yang disediakan kerajaan, tetapi agensi bertanggungjawab kekurangan dana untuk meneruskan rancangan itu.
Free Malaysia Today
Dr Hamiza Hassan.

Ketua Bahagian Reproduksi Manusia di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamiza Hassan berkata, modul yang disediakan pihaknya boleh membantu menangani persekitaran tidak mesra (hostile environment).

“Mereka sangat setuju. Bukan sahaja guru-guru tetapi juga guru besar sekolah. Jangan tak percaya pula, daripada 10 sekolah kami pergi, 8 setuju dan hanya 2 sahaja tak terima cadangan berkenaan,” katanya ketika ditemui di forum Pendidikan: Wawasan untuk Malaysia Baru hari ini.

LPPKN adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hamizah berkata LPPKN mendekati sekolah tahfiz awam di seluruh negara sejak awal tahun lalu dan menerima sambutan amat baik.

Beliau bagaimanapun berkata usaha LPPKN mendekati sekolah tahfiz swasta terbantut kerana kekurangan dana.

“Kita kurang dana sebanyak RM500,000 untuk masuk dan mendekati mereka,” katanya.

Hamizah diminta mengulas kejadian keganasan seksual di sekolah-sekolah agama yang banyak dilaporkan kebelakangan ini.

Awal Mac lalu, negara dikejutkan dengan laporan mendakwa seramai 21 pelajar sekolah maahad tahfiz di Kuantan diliwat serta dipaksa hisap kemaluan seorang pemberi sumbangan sekolah tersebut.

Mangsa yang berusia sekitar dari 14 hingga 17 tahun didakwa diugut dengan kekerasan dan jenayah jika melaporkan kejadian itu.

Hamizah berkata LPPKN akan cuba mendapatkan dana daripada pentadbiran baru kerajaan.

“Saya baru sahaja dimaklumkan dengan Projek Dasar Baru melalui aplikasi WhatsApp. Kita akan mohon dana dari sana,” katanya.

21 pelajar tahfiz didakwa diliwat, dicabul penyumbang

Siti Hasmah sokong pandangan Syed Saddiq mengenai pendidikan seks

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.