Jangan terlalu negatif terhadap TVET, pesan guru

Jangan terlalu negatif terhadap TVET, pesan guru

Jika pelajar cenderung terhadap kerja teknikal dan vokasional, maka tidak alasan guru tidak menggalakkan pelajar menyambung pelajaran dalam bidang TVET.

PETALING JAYA:
Pemikiran rakyat Malaysia yang kolot perlu diubah terhadap pelajar yang mengikuti pengajian atau pemegang sijil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata seorang guru.
Free Malaysia Today
Ahmad Faizal Osman.

Penolong kanan pentadbiran kurikulum di SK Pulau Seduku Lingga, Sarawak, Ahmad Faizal Osman berkata, segelintir guru melihat potensi lebih luas bagi pelajar menyambung ke peringkat SPM, terutama yang berpotensi dalam bidang sains dan perakaunan.

“Kebiasaannya guru mudah melihat potensi pelajarnya dan jika mereka lebih cenderung terhadap kerja teknikal dan vokasional, maka tidak ada sebab bagi guru untuk tidak menggalakkan pelajar menyambung pelajaran dalam bidang TVET.

“Sebagai guru saya menyarankan pelajar yang mempunyai minat dalam kemahiran dan mekanikal menyambung pelajaran dalam bidang vokesional di kolej vokesional dengan menyarankan mereka terus berusaha belajar bidang teknikal ini sehingga ke peringkat tinggi.

“Bukan sekadar untuk memenuhi pasaran kerja semata-mata, namun nilai ilmu dan profesional yang tinggi mampu melahirkan bangsa yang maju dan berprestasi tinggi,” katanya kepada FMT.

Bulan lalu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET untuk memperkasa dan menaikkan taraf pendidikan tersebut.

Beliau turut mengumumkan jawatankuasa yang berperanan menyediakan laporan untuk memperkasakan TVET itu dipengerusikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

“Nurul Izzah merupakan seorang yang sangat mengambil berat tentang pendidikan TVET dan telah berbincang dengan saya bagaimana TVET dapat membantu golongan muda merebut peluang pekerjaan dan juga keusahawanan,” katanya.

Free Malaysia Today
Muhamad Syafiq Mohd Noor.

Manakala bekas pelajar TVET, Muhamad Syafiq Mohd Noor, bekata pelajar jurusan TVET memperoleh diploma dalam tempoh masa yang pendek berbanding pelajar universiti, tetapi banyak isu dan masalah yang dalam jangka masa pendek ini.

“Masalah yang timbul bagi pelajar diploma kolej vokasional sekarang adalah tiada pengiktirafan diploma buat pelajar-pelajar di situ. Oleh sebab itu, ramai orang tidak mahu belajar di vokasional dan kebanyakan daripada mereka susah untuk mendapat pekerjaan kerana dipandang rendah oleh semua syarikat di Malaysia.

“Sepatutnya program pembelajaran adalah seperti kolej, politeknik dan universiti tetapi tidak dilaksanakan dengan betul kepada pelajar TVET. Modul pembelajaran di sini adalah tidak teratur tetapi yang menguntungkan adalah untuk bersedia dan menerima cabaran untuk berkerja dalam bidang kemahiran yang mencabar,” katanya.

Free Malaysia Today
Jefrizal Mohd Jaafar.

Sementara Ketua Penerangan Umno Bahagian Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar berkata ibu bapa tidak memilih TVET kerana tiada pengetahuan yang mendalam berkenaan sistem ini.

“TVET merupakan ‘block changer’ yang menitik beratkan keperluan dan permintaan (demand) di negara industri terutama dalam bidang automotif.

“Jika di Malaysia bidang O&G merupakan bidang yang memerlukan tenaga kemahiran tinggi, saya yakin TVET mampu mengeluarkan tenaga berkemahiran bagi anak tempatan Malaysia.

“Kerajaan bukan sahaja perlu meneruskan dasar TVET tetapi perlu memahamkan rakyat terutama ibubapa berkenaan TVET. Pihak kementerian perlu memikirkan satu dasar yang jauh lebih menguntungkan. Sudah pasti kecenderungan dan minat anak adalah penting kerana ia akan membantu kehidupan mereka pada masa akan datang.”

 

Nurul Izzah ketuai Jawatan Pemerkasaan Latihan Vokasional

Kesatuan mahu jumpa Dr M selesai masalah guru

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.