
Menerusi ucapannya, Zahid memulang paku buah keras kepada Azmin dengan mencabar timbalan presiden PKR itu bertanding jawatan presiden menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apa yang berlaku dalam parti, nak bertanding presiden takut, saya rasa elok bertanding walaupun hati kami di sini bersama orang begitu.
“Saya beri peluang kepada Pekan untuk bertanya soalan mengenai HSR semalam, dalam keadaan saya beri peluang tapi penyindiran dilakukan. Beliau kata, yang paling layak jadi ketua pembangkang ialah bukan Bagan Datuk,” kata Zahid,” katanya.
Semalam Azmin berkata Najib yang juga ahli parlimen Pekan lebih layak menjadi ketua pembangkang, jawatan yang disandang Zahid.
Azmin berkata demikian secara berseloroh selepas Zahid membenarkan bekas perdana menteri itu bertanya soalan tambahan berhubung projek HSR.