SPRM rampas dokumen berkait ECRL, 2 projek lain

SPRM rampas dokumen berkait ECRL, 2 projek lain

Serbuan dilakukan di 13 lokasi di Lembah Kelang.

Free Malaysia Today
Kerajaan PH berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menelan belanja RM81 bilion dan laluan keretapi sepanjang 688km itu hanya akan diteruskan jika kosnya dikurangkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu 13 lokasi di Lembah Kelang semalam dan merampas dokumen berkaitan 3 projek mega.

Star Online melaporkan serbuan dibuat berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Multi-product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).

Ia melaporkan lebih 50 pegawai terlibat dalam operasi bermula 10 pagi itu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan serbuan tersebut.

Pada 6 Julai lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan penggantungan 3 kontrak dengan syarikat China, 2 daripadanya melibatkan projek paip gas yang dikendalikan oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kos akhir ECRL ialah RM81 billion dan projek itu hanya akan diteruskan jika kosnya dapat dikurangkan.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini berkata kos ECRL ialah sebanyak RM55 bilion.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengarahkan kontraktor utama, China Communication Construction Company (CCCC) menghentikan kerja-kerja kontrak yang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.