
“Setakat kami dimaklumkan pucuk pimpinan, PAS sedia beri laluan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian, manakala hari penamaan calon pada Sabtu ini.
Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518 undi), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76 undi).
Asyraf berharap pucuk pimpinan parti menerima calon yang dikemukakan Pemuda Umno untuk bertanding di PRK Sungai Kandis.
“PRK Sungai Kandis juga beri peluang baik, bukan sahaja sebagai medan latihan, tetapi menilai sejauh mana kesediaan Umno.
“Kita akan tunggu keputusan pucuk pimpinan Umno.”