
SPSB selaku plaintif menfailkan saman itu semalam di Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Reza Rahim & Rajivan dengan menamakan Razali sebagai defendan.
Syarikat itu dalam kenyataan mendakwa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Razali adalah palsu, tidak berasas dan mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.
SPSB berkata syarikat itu sebelum ini menyampaikan 1 notis tindakan kepada defendan menuntutnya memohon maaf, bagaimanapun beliau gagal berbuat demikian.
Syarikat itu memohon 1 perintah injunksi supaya Razali dihalang daripada mengulangi dan/atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah, juga menuntut ganti rugi RM100 juta serta mengemukakan permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh SPSB.