Pembangkang, kecuali Khairy, keluar Dewan Rakyat bantah pelantikan speaker baru

Pembangkang, kecuali Khairy, keluar Dewan Rakyat bantah pelantikan speaker baru

Keadaan bertukar kecoh berikutan dakwaan pembangkang cadangan pelantikan speaker Dewan Rakyat baru tidak mengikut usul peraturan Dewan Rakyat.

Free Malaysia Today
Pelantikan dibuat selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Mohamad Ariff sebagai speaker Dewan Rakyat baru.
KUALA LUMPUR:
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu.

Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Mohamad Ariff sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan usul pelantikan Ariff tidak diundi berikutan beliau seorang dicalonkan sebagai speaker Dewan Rakyat.

Sebelum itu pembangkang membantah cadangan yang dikemukan Dr Mahathir dan keadaan bertukar kecoh kerana mendakwa cadangan pelantikan itu tidak mengikut usul peraturan Dewan Rakyat.

Semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan, kecuali Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Ariff selepas itu mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Rakyat dan diikuti angkat sumpah 221 Ahli Dewan Rakyat kecuali Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas baru-baru ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.