Kelantan guna royalti minyak perkasa ekonomi penduduk, syiar Islam

Kelantan guna royalti minyak perkasa ekonomi penduduk, syiar Islam

Ahmad Yakob memberi contoh wang royalti minyak dapat digunakan untuk menambahbaik Yayasan Islam Kelantan agar syiar Islam terus terpelihara di negeri itu.

Free Malaysia Today
Ahmad Yakob berkata, royalti minyak juga boleh membangunkan infrastruktur yang amat penting untuk rakyat bagi menyokong usaha membangunkan pertumbuhan ekonomi Kelantan. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS akan membutirkan secara terperinci berhubung penggunaan wang royalti minyak dalam usaha memperkasakan ekonomi penduduk negeri itu, kata Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu, beliau berkata, sebagai contoh, wang royalti minyak tersebut dapat digunakan untuk menambahbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) agar syiar Islam terus terpelihara di negeri ini.

“Di samping itu, kita juga tahu infrastruktur sesuatu yang amat penting untuk rakyat, terutama bagi menyokong usaha membangunkan pertumbuhan ekonomi Kelantan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah sempena Pelantikan Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa menyarankan kerajaan negeri membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.