Raptai e-undi pemilihan PKR akan diadakan tak lama lagi

Raptai e-undi pemilihan PKR akan diadakan tak lama lagi

Ahli majlis tertinggi PKR, Sivarasa Rasiah berkata, raptai itu akan diperhatikan pimpinan parti.

Free Malaysia Today
Sivarasa Rasiah bergambar di majlis rumah terbuka PKR
PETALING JAYA:
PKR akan mengadakan raptai kedua sistemm pengundian dalam talian dalam beberapa hari lagi bagi menguji keberkesanannya, kata seorang pemimpin kanan parti.

Ahli majlis pimpinan tertinggi PKR, Sivarasa Rasiah berkata raptai itu akan diperhatikan pimpinan parti.

“Kami masih sedang menilainya,” katanya ketika diminta mengulas kebimbangan sesetengah pemimpin PKR terhadap cadangan sistem e-undi itu.

Beliau ditemui pemberita di rumah terbuka PKR di Kota Damansara hari ini.

Beberapa pemimpin parti menimbulkan persoalan tentang keselamatan dan integriti perisian itu.

Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha berkata, negara seperti United Kingdom dan Jerman berhenti menggunakan sistem e-undi kerana tidak ada kemungkinan untuk kiraan semula.

Ditanya apakah sistem itu akan diabaikan jika tidak berkesan, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata itu terserah kepada kepimpinan parti.

Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail bulan lepas berkata sistem e-undi akan digunakan dalam pemilihan parti yang akan diadakan antara Ogos dan September.

Semua ahli parti boleh mengundi, menjadikan pemimpin PKR satu-satunya pemimpin parti politik yang dipilih secara langsung oleh ahli.

Dalam hal berkaitan, Sivarasa berkata dia belum membuat keputusan sama ada dia akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan nanti.

Ada masalah jika guna ‘e-voting’ dalam pemilihan PKR, kata pemimpin parti

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.