Muhyiddin cuti rehat sebulan selepas pembedahan

Muhyiddin cuti rehat sebulan selepas pembedahan

Muhyiddin kini berehat dan bercuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan. Beliau dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

Free Malaysia Today
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis berkata Muhyiddin menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, Khamis lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau hari ini, Muhyiddin kini berehat dan bercuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan. Beliau dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

“Bagi pihak keluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih atas semua doa yang tidak putus-putus diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis berkata Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.