Kes tenaga solar Sarawak: Bekas pembantu Najib bebas

Kes tenaga solar Sarawak: Bekas pembantu Najib bebas

Sebuah portal berita mendakwa bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Free Malaysia Today
Lelaki berusia 44 tahun bergelar ‘Datuk’ itu sebelum ini direman 6 hari sejak Selasa lalu bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 49 Akta SPRM 2009. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Majistret Chyfica Mohamed Zamri membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.

Lelaki berusia 44 tahun bergelar “Datuk” itu sebelum ini direman 6 hari sejak Selasa lalu bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 49 Akta SPRM 2009.

Beliau ditahan pada Isnin selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan.

Peguam yang mewakili beliau, Ridha Abdah Subri, turut hadir di mahkamah hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

SPRM sebelum ini menahan 3 individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.

Esok keputusan siasatan penyelewengan kontrak tenaga solar sekolah

Suspek ke-3 direman 5 hari bantu siasatan solar di sekolah Sarawak

2 lelaki direman bantu siasatan projek solar di sekolah Sarawak

Projek solar sekolah Sarawak: Reman pegawai khas Najib disambung

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.