
Turut dilihat bersama pengerusi Kumpulan CIMB itu di majlis anjuran Ketua PPBM Klang, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Nazir ketika ditanya pemberita berkata dia menghadiri majlis itu bagi memenuhi undangan Rais.
“Saya diundang, makanya saya datang,” katanya ringkas.
Nazir juga sempat ditanya sama ada akaun bank peribadinya dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap Najib.
“Minta maaf,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Sementara itu, Tony memberitahu pemberita dia juga memenuhi undangan Rais.
“Saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Sebenarnya Rais kawan lama saya,” katanya.
Ditanya apakah kehadirannya di majlis anjuran PPBM ini boleh dilihat sebagai sokongan politik, Tony menjawab: “Saya berikan sokongan kepada semua pihak.”
Dua tokoh perniagaan itu meluangkan masa hampir 1 jam di majlis itu.
Tony dikritik oleh penyokong Pakatan Harapan semasa kempen pilihan raya Mei lepas, apabila dia tampil dalam satu klip video memuji pentadbiran Najib 4 hari sebelum hari mengundi.
Dalam video itu, Tony berkata kerajaan pimpinan Najib membantu dan memberi peluang kepada AirAsia menjadi jenama antarabangsa yang kuat di dunia.
Susulan kekalahan BN, Tony memohon maaf kepada rakyat, dan berkata dia ditekan supaya menyokong Najib.