Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS

Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS

Peniadga berkata, prestasi ringgit yang tinggi sedikit ini dijangka tidak bertahan kerana jangkaan perang perdagangan memberi kelebihan kepada dolar AS.

Free Malaysia Today
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mengumumkan keputusan untuk mengenakan tarif sebanyak 10% ke atas barangan import China bernilai AS$200 bilion.
KUALA LUMPUR:
Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini berikutan sokongan belian sederhana terhadap unit tempatan itu, kata seorang peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.0375/0405 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0395/0425 pada Khamis.

“Prestasi ringgit yang tinggi sedikit ini dijangka tidak bertahan kerana kami menjangkakan perang perdagangan akan meningkat yang memberi kelebihan kepada dolar AS,” kata peniaga itu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mengumumkan keputusannya untuk mengenakan tarif sebanyak 10% ke atas barangan import China bernilai AS$200 bilion.

Berbanding mata wang utama lain, unit tempatan diniagakan tinggi.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9620/9659 daripada 2.9643/9672 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5819/5855 daripada 3.5926/5959 pada Khamis.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.7101/7141 daripada 4.7161/7212 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3210/3254 daripada 5.3394/3438.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.