PH saran kerajaan Kelantan bentang pelan guna royalti minyak

PH saran kerajaan Kelantan bentang pelan guna royalti minyak

Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa berkata, kerajaan negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat.

Free Malaysia Today
Husam Musa berkata, pembentangan pelan penggunaan wang royalti petroleum itu supaya rakyat tahu bagaimana wang itu akan digunakan untuk kepentingan mereka.
TANAH MERAH:
Kerajaan Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri harus memanfaatkanm keprihatinan kerajaan persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat negeri ini.

“Saya sudah dengar kenyataan pemimpin PAS Kelantan yang begitu ghairah mahu mendapat wang tersebut (royalti), namun saya tidak mendengar perancangan yang akan dilakukan mereka,” katanya selepas Majlis Perasmian Pejabat Operasi Amanah Kawasan Parlimen Tanah Merah di sini, malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri menghargai persetujuan kerajaan persekutuan memberi royalti petroleum kepada negeri ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara, bulan lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.