Jho Low sudah lari, kami tak tau ke mana, kata KPN

Jho Low sudah lari, kami tak tau ke mana, kata KPN

Mohamad Fuzi Harun. juga berkata usaha mengesan ahli perniagaan itu akan buntu sekiranya beliau menggunakan lebih daripada satu pasport.

KUALA LUMPUR:
Ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sudah keluar dari Macau, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Fuzi berkata perkara itu dimaklumkan pihak berkuasa Macau 2 hari yang lalu.

“Dia dah meninggalkan Macau, ke destinasi mana kita pun tak tahu,” katanya kepada media hari ini.

Semalam, Fuzi berkata pihak berkuasa Macau menahan Jho Low yang dipercayai melarikan diri dari Hong Kong ke pulau berdekatan itu dengan menaiki feri.

Free Malaysia Today
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (2 dari kiri) bersama timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (kiri) di Bukit Aman hari ini.

Menurutnya, pihaknya tidak mengetahui tarikh sebenar Jho Low keluar dari negara berkenaan.

Fuzi turut berkata pada Jun lalu, polis Malaysia mengeluarkan notis merah Interpol terhadap Jho Low.

“Kita harap negara-negara berkenaan ini akan bagi maklum balas kepada kita.

“Kita ambil tindakan secepat mungkin sekiranya mereka memaklumkan kepada kita di mana beliau berada sebenarnya,” tegasnya.

Mengenai kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang Jho Low kini menggunakan pasport yang lain, Fuzi berkata ia akan menyukarkan usaha mengesan ahli perniagaan berkenaan.

“Mereka percaya dia mempunyai lebih daripada satu pasport, kita pun tak pasti kesahihan perkara ini. Cuma ini akan menyukarkan usaha kita nak kesan beliau,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.