PRK Sungai Kandis 4 Ogos depan

PRK Sungai Kandis 4 Ogos depan

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas.

Free Malaysia Today
Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 21 Julai ini.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos depan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Mat Shuhaimi Shafiei.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 21 Julai ini.

Shuhaimi, bekas setiausaha politik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggal dunia pada 2 Julai lepas kerana barah limfoma.

Beliau mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya 9 Mei untuk penggal ketiga dengan majoriti 12,480 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, PAS dan PRM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.