
“Ada banyak pengalaman dimiliki bekas duta dan pakar dalam bidang tertentu, termasuk pakar Timur Tengah, Asia Tenggara dan Eropah,” kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam sebuah forum hari ini.
Katanya, kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam proses penggubalan undang-undang kerana ia adalah perkara yang cuba dilakukan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui penubuhan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) yang termasuk ahli Parlimen pembangkang ketika itu, Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Saifuddin ketika itu masih bersama Umno dan menganggotai MPPN.
“Kami cuba mendapatkan pandangan orang ramai berhubung penggubalan Akta Harmoni Nasional dan kami mendapat maklum balas baik mengenai cara menggubal undang-undang itu, termasuk contoh di negara lain yang kami boleh kaji.
“Malangnya, usaha kami sia-sia kerana ia dirampas mereka yang tidak benar-benar memahami perbincangan sedang berlaku dan mendapati topik Melayu serta Islam terlalu sensitif.”