Hanipa Maidin rebah ketika hadir himpunan bulanan Putrajaya

Hanipa Maidin rebah ketika hadir himpunan bulanan Putrajaya

Timbalan menteri itu mengangkat sumpah jawatan minggu lepas.

Free Malaysia Today
Sekumpulan orang di Dataran Perdana membantu Hanipa Maidin sejurus selepas beliau rebah ketika ucapan Dr Mahathir Mohamad.
PUTRAJAYA:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin hari ini rebah ketika hadir buat pertama kali di perhimpunan bulanan bersama perdana menteri di Dataran Perdana di sini.

Hanipa, 50, yang merupakan ahli Parlimen Sepang dari Amanah, mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Kabinet minggu lepas.

Free Malaysia Today
Hanipa Maidin (kiri) bersama menteri Kabinet lain, beberapa ketika sebelum beliau tumbang dan jatuh dari pentas setinggi setengah meter.

Bekas peguam PAS itu pernah menjalani pembedahan otak selepas beliau rebah ketika menyertai perdebatan hangat di Dewan Rakyat pada 2016.

Hanipa hari ini tiba-tiba terjatuh hanya beberapa minit selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mula berucap.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.