Menteri pendidikan nafi arah sekolah derma kepada Tabung Harapan

Menteri pendidikan nafi arah sekolah derma kepada Tabung Harapan

Hasil siasatan Kementerian Pendidikan mendapati Jabatan Pendidikan Kelantan yang mengambil inisiatif sendiri melancarkan kempen kutipan Tabung Harapan Malaysia di semua sekolah negeri itu.

Free Malaysia Today
Kementerian Pendidikan berkata, Maszlee Malik tidak pernah mengeluarkan arahan bertulis atau lisan kepada sekolah untuk membuat kutipan bagi Tabung Harapan Malaysia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menafikan pernah mengeluarkan arahan bertulis atau lisan kepada sekolah, khususnya di Kelantan untuk menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) seperti dakwaan tersebar di media sosial.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, hasil siasatan mendapati Jabatan Pendidikan Kelantan yang mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan kempen kutipan THM di semua sekolah di negeri itu.

“Bagaimanapun, pelancaran kutipan tabung berkenaan sudah dibatalkan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,” menurut kenyataan itu.

THM dilancarkan 30 Mei lalu selepas ramai pihak menyuarakan hasrat membantu kerajaan mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion.

Jumlah kutipan THM berjumlah RM140,430,050.76 (setakat 3 petang semalam).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.