Gunung Agung meletus, AirAsia batal penerbangan ke Bali

Gunung Agung meletus, AirAsia batal penerbangan ke Bali

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ditutup hari ini dari 3 pagi hingga 7 malam.

Free Malaysia Today
AirAsia menggalakkan penumpang mengemas kini maklumat perhubungan di airasia.com kerana status penerbangan akan dimaklumkan menerusi e-mel dan SMS. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:
AirAsia membatalkan kebanyakan penerbangan ke dan dari Bali hari ini berikutan penutupan lapangan terbang di pulau peranginan Indonesia itu susulan letusan gunung berapi Gunung Agung yang melepaskan abu lebih 2 kilometer ke udara.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataan berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ditutup hari ni dari 3 pagi hingga 7 malam (sama waktu seperti di Malaysia).

Bagaimanapun, syarikat itu berkata beberapa penerbangan kekal seperti dijadualkan sehingga diberitahu kelak.

AirAsia menggalakkan penumpang mengemas kini maklumat perhubungan mereka di airasia.com kerana status penerbangan mereka akan dimaklumkan menerusi e-mel dan SMS.

Penerbangan yang dibatalkan termasuk antara Kuala Lumpur dan Bali, antara Bangkok dan Bali, antara Singapura dan Bali, antara Perth dan Bali, antara Jakarta dan Bali, antara Bandung dan Bali, antara Yogyakarta dan Bali serta antara Solo dan Bali, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.