
Kulasegaran yang turut serta dalam mesyuarat agung tahunan HRDF hari ini berkata, ahli-ahli syarikat membangkitkan hal tersebut semasa mesyuarat.
“Ini kerana terdapat kesangsian berhubung kredibiliti juruaudit sekarang,” katanya.
Katanya, lembaga itu sudah diarahkan untuk mencari pasukan juruaudit baru tetapi masih belum mengenalpasti calon yang bakal mengambil alih.
“Apa pun, kita sudah ada ahli lembaga baru, mereka boleh mencari juruaudit yang mempunyai reputasi baik,” katanya, sambil menambah, juruaudit baru mungkin dilantik dalam 21 hari.
Lima belas orang dari pelbagai industri dan juga dari Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan dilantik hari ini pada mesyuarat agung tahunan HRDF.
Ditanya jika ahli-ahli ada membangkitkan sebarang ketidakpuasan hati berhubung gaji bekas ketua pegawai eksekutif, Datuk CM Vignaesvaran, Kulasegaran berkata isu itu tidak dibangkitkan.
“Itu adalah hal dalaman mereka yang saya tidak mahu dedah,” katanya sambil menambah, kini terdapat jawatankuasa 5 ahli yang akan memantau HRDF.